suria

Gadis ini viral nyanyi lagu ‘Haa Tepok’, rupanya suara kepit guna voice changer... Kini sudah bergelar penyanyi

NYANYIAN gadis comel ini mendapat pelbagai reaksi apabila video nyanyi lagu ‘Haa Tepok’ versinya menjadi tular di media sosial.

Wanita bernama Tya Edros, 18, berkata, dia tidak terasa hati dengan kritikan netizen terhadapnya kerana menggunakan aplikasi pengubah suara untuk menyanyikan lagu tersebut.

"Sebenarnya lagu Haa Tepok itu sudah tular di media sosial buat kali yang kedua cuma untuk yang pertama kali lebih tular ke arah negara jiran Indonesia.

"Ramai cakap budak kepit, gedik dan macam-macam lagi tapi sebenarnya saya hanya menggunakan voice changer suara dalam lagu itu bukan milik saya," katanya kepada mStar.

Jelas Tya, dia baru saja ingin menceburi industri seni tanah air dan bidang nyanyian dan sudah melancarkan beberapa buah lagu miliknya di platform Youtube, Spotify dan banyak lagi.

“Saya cuma pandai menyanyi saja, saya buat siaran langsung dulu baru saya memulakan karier menyanyi saya," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi