suria

Hilang penat setiap kali tengok anak syurga, Putu Ceri Masdo tampil beri kesedaran mengenai sindrom down

MENJAGA seorang anak istimewa menghidap sindrom down bukanlah satu tugas mudah, namun buat pemain bass kumpulan Masdo iaitu Putu Ceri, dia tetap bersyukur dengan kurniaan itu dan tidak pernah menganggap perkara itu sebagai bebanan.

Bersyukur dengan pemberian tuhan itu, Putu atau Ahmad Azanol Khushairie, 37, berkata dia banyak mempelajari perkara baharu sejak kelahiran cahaya mata kedua yang diberi nama Ardy Wira yang kini berusia tiga tahun.

"Saya sebagai orang yang tak pernah ada anak syurga sudah pasti banyak perkara yang saya tidak tahu.

"Dia sebenarnya memberi saya semangat, bila penat bekerja kemudian melihat dia sudah cukup membuatkan hati saya tenang.

“Dia pemberi rezeki saya, jadi jangan anggap dia sebagai satu bebanan kepada kita,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Putu turut menyeru kepada rakyat Malaysia supaya cakna dengan situasi sekeliling terutamanya ketika berdepan dengan kanak-kanak istimewa.

“Pengetahuan yang rakyat Malaysia ambil tahu boleh menukar kejadian-kejadian penderaan yang berlaku sekarang," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi