suria

Mengaku keturunan Indonesia, Iera Milpan kecil hati ibu bapa pula dipersalahkan jadi mangsa kecaman

SELEPAS mendedahkan dirinya berketurunan dari Indonesia, penyanyi Iera Milpan menerima kecaman netizen di media sosial.

Tidak ambil pusing kata-kata netizen itu, Iera atau Syahirah Milpan, 22, bagaimanapun mengakui sedih apabila ibu bapanya turut dikaitkan dalam hal ini.

"Kalau nak kata kecaman tu memang banyak saya terima, daripada segi lagu, cara pemakaian dan sekarang tengah hangat mengenai keturunan saya yang berasal dari Indonesia.

"Ramai yang tak suka bila dapat tahu saya bukan orang Malaysia tapi warga Indonesia, mereka siap persoalkan kenapa boleh terkenal apa semua.

"Yang buatkan saya kecil hati mereka libatkan ibu bapa saya, anda boleh salahkan saya dalam hal ini tapi jangan mereka kerana mereka tiada salah pun, ibu bapa saya ajar dengan baik dah," kata Iera kepada mStar.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi