suria

Canggung jika perlu nyanyi lagu rap dan dangdut, Tam Spider enggan sertai program realiti nyanyian

PENYANYI Tam tidak berminat untuk menyertai program realiti nyanyian seperti Gegar Vaganza kerana masih mempunyai komitmen bersama kumpulannya iaitu Spider.

Selain itu, Tam atau nama sebenar Rustam Mustafah, 51, juga berkata dia berasa canggung jika perlu menyanyikan lagi berbeza genre daripada kebiasaannya.

"Bukanlah saya tak nak tapi saya tiada perasaan di situ (Gegar Vaganza), rasa pelik bila mereka suruh rap, dangdut rasa kelakar la pulak.

“Saya masih ada lagi komitmen dengan kumpulan Spider dan kerja saya di studio... risau kalau mula sertai program begini takut banyak halangan pula nanti,” kata Tam kepada mStar.

Sementara itu, Tam turut menyatakan pandangan mengenai pemilihan juri dalam kalangan artis antarabangsa untuk sesebuah program realiti.

Dalam hal ini, Tam berpendapat adalah lebih baik sekiranya juri itu dipilih dalam kalangan anak seni tempatan dan bukan dari luar negara.

“Cuma kalau boleh kita mempunyai ramai juri yang berkualiti dan tidak perlu menjemput juri dari luar negara untuk mengadili rancanagan itu," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi