suria

Peminat belum ‘move on’ watak Aminah, tegur Erysha Emyra tak sama seperti dalam drama

SELEPAS drama Aku Bukan Ustazah tamat ditayangkan, pelakon Erysha Emyra memberitahu masih ada peminat belum move on dengan watak Aminah yang dilakonan olehnya itu.

Erysha atau Nur Erysha Emyra Zakaria, 25, berkata ada segelinitir peminat memintanya untuk menjaga tingkah laku dan menjadi sama seperti watak dilakonkan itu.

“Alhamdulilah drama Aku Bukan Ustazah punya sambutan memang sangat baik dan tak sangka sehingga kini peminat masih lagi tak boleh lupa.

“Sehingga sekarang pun masih ada lagi peminat dan penonton yang mesej dan tegur saya di Instagram, mereka nak saya jadi seperti watak ‘Aminah’ dalam drama tersebut sedangkan saya hanya berlakon sebab memang berbeza karakter saya tu.

“Sampai sekarang pun ada orang mesej saya cakap sedih sebab saya dekat luar tak sama macam dalam drama tu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi