suria

Yuna Rahim terkesan baca berita kanak-kanak kena dera, mudah menangis sejak jadi ibu

PELAKON Yuna Rahim memberitahu sejak bergelar ibu, perasaannya mudah tersentuh lebih-lebih lagi melihat kes melibatkan penderaan terhadap kanak-kanak.

Yuna atau Shafiqah Husna Abd Rahim, 29, berkata disebabkan itu membuatkannya lebih berhati-hati dalam menjaga anak sulungnya yang baru berusia sebulan itu kerana tidak mahu sebarang perkara tidak diingini berlaku.

“Sebenarnya bila sudah jadi ibu ni kita akan lebih terikat dengan tanggungjawab, tak boleh bayangkan ibu bapa yang sanggup abaikan anak mereka tertutamanya kes tular yang kana-kanak tidur di luar tu.

“Saya sejak jadi ibu ni saya mudah terkesan dan mudah nangis, sebelum ni saya seorang yang sangat kasar tapi sekarang ni lebih buatkan saya lebih berhati perut.

“Kalau saya tak kerja memang fokus jaga anak dan kalau saya sudah bekerja nanti pun saya akan hantar mengasuh dekat orang dikenali seperti ahli keluarga jadi tak risau sangat,” kata Yuna kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi