suria

Azmi masih belum berhubung dengan Fendy sejak keluar Caliph Busker, anggap dugaan dalam kerjaya seni

PENYANYI Azmi Saat memberitahu sehingga kini dia masih tidak berhubung dengan bekas drummer kumpulan Caliph Busker iaitu Fendy selepas keluar daripada kumpulan itu.

Mengulas mengenai perkara itu, Azmi, 37, berkata walaupun hubungan mereka masih belum baik namun dia terbuka untuk berjumpa dengan Fendy dan meleraikan persengketaan yang berlaku antara mereka.

“Apabila Fendy keluarkan kenyataan kami tak terkejut sebab sudah tahu perangai masing-masing malah tak berdendam sebab dunia ni kecil saja pusing-pusing jumpa juga.

“Sejak daripada Fendy keluar Caliph Busker sampai sekarang kami tak pernah berhubung, tapi semua status di Facebook semua saya like dan kalau dia keluarkan single baru saya sokong serta dengar.

“Secara peribadi saya memang tiada masalah dengan Fendy tapi kalau nak bekerja atas nama kumpulan mungkin susah tapi kalau hanya kami berdua saja tiada masalah,” kata Azmi kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Azmi baru saja keluar dengan single terbaharu berjudul Majnun yang boleh kini sudah pun ditayangkan di platform YouTube.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi