suria

“Semua cakap dalam WhatsApp, tak berani depan-depan” - Fendy masih kecil hati diminta keluar Caliph Busker

BEKAS drammer dan penyanyi Caliph Busker iaitu Fendy memberitahu dia berkecil hati dengan tindakan vokalis kumpulan tersebut iaitu Azmi Saat kerana didakwa membuangnya daripada kumpulan secara mengejut.

Kata Fendi, 33, tindakan tersebut menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk mencari sumber pendapatan kerana terpaksa bergerak secara solo.

“Orang buang saya mengejut tu memang jejaskan sumber kewangan sebab tak sedia ketika itu, kemudian terpaksa henti bayar pengasuh anak sebab tak cukup duit malah sehingga sekarang show pun tak macam dulu sedangkan bila isu tengah panas mereka (Caliph Busker) banyak undangan.

“Agak terkilan dekat situ sebab sekurangnya bagi la saya peluang atau masa untuk susun atur perjalanan akan datang tapi nak buat macam mana, segala kenyataan yang dikeluarkan Azmi tu ada yang kurang tepat sebenarnya,” kata Fendy kepada mStar.

Dalam pada itu, Fendy berkata dia terbuka hati untuk berjumpa dengan Azmi Saat untuk menjernihkan kembali hubungan mereka yang sudah terputus susulan konflik pergaduhan ini.

“Saya okay saja untuk berjumpa dengan dia sebab rumah kami pun dekat saja, kalau dapat selesaikan perkara ini daripada dulu dan bukannya mesej saja tanpa berjumpa,” luahnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi