suria

‘Raja komen’ kena kecam nyanyi live, Erul Samah anggap tiada manusia sempurna

DIKECAM kononnya menyanyi sumbang semasa program siaran langsung, penyanyi Erul Samah menganggap kejadian itu sebagai satu perkembangan baik dalam karier seninya.

Kata Erul atau nama sebenarnya Khairul Najmuddin Abu Samah, 32, setiap kritikan itu diambil sebagai semangat kepadanya untuk memperbaiki cara nyanyian dengan lebih baik lagi.

“Bagi saya, mungkin ia (kecaman) ini adalah satu benda yang positif untuk saya perbaiki lagi. Dan secara baiknya, kita tidak sangka yang ini sebenarnya boleh tarik orang untuk dengar lagu Salahkah.

“Terus terang saya cakap, kalau dengar sampai habis, tiada pun bunyi saya menjerit. Siapa yang tengah kecam saya ini, saya akan buktikan yang saya boleh,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Erul berkata, dia menganggap dirinya masih lagi boleh menyanyi memandangkan terdapat komposer percaya terhadap bakatnya.

“Saya tidak hirau kalau mereka (netizen) rasa suara saya ini tidak kelan kaset. Selagi banyak komposer bagi lagu kepada saya, mereka tahu yang saya masih boleh menyanyi,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi