suria

Noraniza Idris berusaha kurangkan berat badan, ‘warning’ suami jangan suapkan makan

SEMPENA Konsert Qalam yang bakal berlangsung pada bulan September, penyanyi Noraniza Idris memberitahu bahawa dia sedang dalam proses menurunkan berat badannya.

Kata Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani itu, dia melakukan mahu mengekalkan staminanya agar tidak mudah penat ketika beraksi di atas pentas nanti.

Menurut penyanyi berusia 56 ini, berat badan berlebihan boleh menganggu pernafasan dan ia akan menjejaskan kualiti nyanyiannya ketika di atas pentas.

“Kak ani sekarang tergolong dalam golongan obesiti, jadi sekarang dalam proses untuk menuju ke arah golongan overweight selepas itu baru saya cuba ke arah berat badan ideal.

“Suami saya pada ketika ini sudah mengajak saya melakukan aktiviti riadah bagi menurunkan berat badan saya,”

“Saya amalkan pengurangan kalori, pengambilan protien yang secukupnya dan saya juga tidak mengamalkan pengambilan gula dalam permakanan,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi