suria

Rosyam Nor tak layan pembuli siber, pesan ingat akhirat sebelum berkata-kata

PELAKON dan penerbit Datuk Rosyam Nor meminta supaya netizen berhati-hati menggunakan media sosial agar tidak terpengaruh dengan jenayah buli siber yang sedang berleluasa saat ini.

Pernah menjadi mangsa buli siber, Rosyam atau Mohamed Noor Shamsuddin, 57, bagaimanapun memilih untuk tidak melayan sebarang komen negatif itu kerana enggan memberi kesan kepada dirinya.

“Zaman saya dulu pun ada juga buli siber ni cumanya tak besar macam sekarang sebab pengaruh sosial media pun kuat jadi jenayah buli tu makin berkembang, malah zaman nabi dulu pun berlaku juga perkara ini.

“Saya nak pesan nak guna sosial media kena hati-hati sebab nabi pun pernah berpesan akhir zaman ni banyak fitnah, jangan buat dosa dengan tabur fitnah serta buli di sosial media kerana nanti di akhirat akan dapat balasan.

“Kalau netizen nak buli saya tak kisah pun sebab tak layan semua komen tu, tak jadi kudis pun kerana peminat yang sokong saya semuanya bijak dan tidak akan berkata sedemikian pun pada saya,” kata Rosyam kepada mStar.

Dalam perkembangan lain Datuk Rosyam memberitahu dia akan menambah lagi cawangan untuk ST Rosyam Mart di Senawang, Negeri Sembilan manakala pada tahun 2025 bakal muncul dengan ST Rosyam Mall pula.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi