PENAMPILAN seperti tomboi yang diketengahkan penyanyi Ara Johari sebelum ini bukan jalan selamat daripada menerima mesej gangguan seksual di media sosial. Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari, 27, sebaliknya berkata, dia kerap menerima mesej atau gambar tidak senonoh daripada individu tidak dikenali sehingga membuatnya tertekan. "Masa saya berpenampilan 'kasar' saya ada juga terima DM (direct message) yang tidak senonoh. Ara dedah ada pula peminat lelaki DM dirinya dengan bercakap perkara tidak senonoh. "Mereka bukan sahaja mesej tapi ada di antara mereka hantar gambar tak senonoh yang membuatkan saya tertekan. "Ramai saja artis lain kena perkara seperti itu (gangguan) tapi tak pernah lagi secara face to face," katanya kepada mStar. Penyanyi tersebut berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara Ara Johari Media Gathering yang diadakan pada petang Khamis. Dalam pada itu, Ara menyangkal dakwaan dia menukar penampilannya lebih feminin kerana mahu mengelak daripada gangguan individu miang di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Masih dalam fasa mencuba, Ara Johari sanggup belanja besar demi ‘Menjaga Jodoh Orang lain’ ARTIKEL BERKAITAN: Ara Johari mohon doa kekal berhijab, bakal serlah sisi berbeza dalam lagu baharu Kata Ara, apa terjadi kepadanya membuktikan pemakaian bukan tiket seorang wanita selamat daripada gangguan seksual golongan lelaki. "Bila tukar penampilan itu bukanlah satu sebab untuk tidak menerima mesej seperti itu... Mungkin nafsu lelaki memang begitu. "Saya tak tahulah kenapa mereka 'berselera' sangat dengan saya,' katanya. Mereka bukan sahaja mesej tapi ada di antara mereka hantar gambar tak senonoh yang membuatkan saya tertekan. ARA JOHARI PENYANYI Ara juga memberitahu dia tidak pernah menerima mesej daripada golongan wanita ketika dia tampil dengan imej tomboi. Sebaliknya ramai di antara peminat wanita hanya meninggalkan mesej berbentuk pujian berdasarkan penampilannya. "Kebanyakkan yang saya terima adalah daripada lelaki tapi tak tahu kalau mereka menggunakan akaun palsu untuk mendekati saya," jelasnya. Ara tampil lebih feminin bersebab. Dalam perkembang lain, Ara turut berkongsi pengalaman putus cinta membuatkan dia tampil dengan lagu baharu berjudul Menjaga Jodoh Orang lain. Ara berkata ia merupakan ciptaan komposer seberang, Ilham Baso yang sebelum ini pernah menyumbang karya- karyanya kepada penyanyi popular Indonesia seperti Judika dan banyak lagi. "Saya jatuh cinta ketika pertama kali dengar demo lagu ini. Kebetulan ketika itu memang sedang patah hati, bila dengar lagu ini rasa sakitnya menusuk ke hati. "Saya yakin sesiapa yang mendengar juga tersentuh terutama yang pernah ada pengalaman putus cinta dan bekas kekasih sudah berkahwin dengan orang lain" ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube