suria

Bukan main Cik B bersolek siap pakai ‘wig’, netizen cakap macam Vida

Cik mengejutkan ramai dengan imej feminin.

PERKONGSIAN video TikTok anak usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B yang menggayakan pakaian feminin mencuri perhatian netizen.

Mana tidaknya, Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, yang sebelum ini dikenali dengan imej tomboi tampil manis menyarung gaun hitam berkilauan.

Bukan itu sahaja, Cik B turut kelihatan berbeza dengan solekan tebal pada wajah dipadankan dengan rambut palsu panjang.

Ekspresi menggoda Cik B ketika dirakam turut mencuit hati netizen malah ada yang tidak tahan melihat kecomelannya.

Copy of Untitled - 2024-08-01T133049.025

Perkongsian video Cik B raih perhatian.

"Orang suruh Cik B pakai feminin sikit. Okey!"

"Ada lagi yang keliru tak?" katanya.

Cik B menulis perkara itu pada kapsyen menerusi hantaran video tersebut di akaun TikTok miliknya.

Sementara itu, netizen di ruangan komen memuji usaha Cik B berpakaian lebih feminin malah ada turut menyamakan wajahnya seperti ibunya iaitu Datuk Seri Vida.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada perasaan rindu terhadap bapa kandung, Cik B trauma dengan insan bergelar lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Kek ucapan selamat hari bapa buat Vida, Cik B anggap ibu segala-galanya

Namun, ada juga yang terkejut melihat perubahan Cik B dan memintanya untuk kembali dengan imej biasa.

"Comel dan cantik Cik B!

"Cik B pakai macam perempuan auto gaya muah-muah mak dia keluar. Kelakar!

"Takpelah Cik B pakai jelah hoodie balik, seriau tengok!" komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain