suria

Bau hanyir ketika menyusu dalam gelap, Yana Samsudin kongsi detik cemas leher anak berdarah

Yana tak sangka leher anak akan terluka teruk.

KEADAAN anak ketiga pelakon Yana Samsudin beransur pulih susulan mengalami luka di bahagian lehernya sehingga berdarah akibat digaru.

Yana atau Nurliana Samsudin, 40, berkata, luka itu disebabkan kuku jari tangan bayinya yang tumbuh ke atas dan agak keras sehingga menyebabkan berdarah apabila menggaru.

"Sebenarnya kuku anak saya tumbuh ke bahagian atas dan agak keras. Ia mungkin sebab kalsium tinggi.

7yana 1

Keadaan anak Yana berlumuran darah semasa kejadian.

“Jadi apabila dia panas dan berpeluh di bahagian leher, dia akan menggaru sehingga luka,” katanya kepada mStar.

Bercerita mengenai perkara itu, Yana pada awalnya tidak perasan leher bayinya berdarah namun tercium bau hanyir ketika menyusukan anaknya yang baru berusia tujuh bulan.

Dia yang ketika itu bersendirian bersama anak-anak cemas apabila mendapati leher anaknya berlumuran darah.

ARTIKEL BERKAITAN: Yana Samsudin masuk hospital diserang Praeklampsia gara-gara anak nakal sangat... Doktor minta rehat bimbang bahayakan kandungan

ARTIKEL BERKAITAN: Yana Samsudin selamat bersalin anak ketiga, terharu suami buat kejutan pakej berpantang

"Masa kejadian waktu malam, saya dengar dia menangis dan mengangkat dia untuk memberi susu badan... Saya pula tidak buka lampu tapi ada tercium bau hanyir macam darah.

“Apabila saya buka lampu, tengok memang anak berlumuran darah. Saya panik sebab ingatkan ada benda lain yang berlaku.

"Jadi saya ambil video dan hantar pada suami, tak sangka pula dia kongsi di media sosial," katanya lagi.

Masih lagi merah-merah disebabkan goresan kuku.

YANA SAMSUDIN

PELAKON

Dalam pada itu, Yana memberitahu bahagian leher anaknya masih lagi mempunyai kesan merah disebabkan bayinya masih menggaru lehernya.

Katanya kejadian seperti itu tidak dapat dielakkan memandangkan dia tidak begitu mahir memotong kuku bayi sehingga pendek.

"Walaupun sudah jumpa doktor tapi masih lagi merah-merah disebabkan goresan kuku.

yana 2

Yana dan Fadzil mempunyai tiga cahaya mata bersama.

"Kejadian seperti itu mungkin berulang sebab saya tak pandai potong kuku anak yang masih kecil," ujarnya.

Pada Jun lalu, suami Yana iaitu Fadzil Zahari berkongsi di Instagram miliknya yang memaparkan leher anak bongsunya dipenuhi darah.

Untuk rekod, hasil perkahwinan Yana dan Fadzil pada 13 Februari 2015, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lain iaitu Aisy Mateen, 8 dan Aura Aisy Sofea, 4.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain