suria

Irma Hasmie belum sedia kembali berlakon, lebih selesa bergelar pengacara

Irma lebih beri fokus sebagai pengacara.

MAHU memberi fokus membesarkan anak-anak, pelakon dan pengacara Irma Hasmie tidak merancang untuk menerima tawaran berlakon dalam masa terdekat.

Kata Irma, 42, meskipun menerima banyak tawaran namun dia terpaksa menolak disebabkan kekangan waktu selain bertembung dengan jadual harian.

"Tawaran berlakon sentiasa datang. Tetapi keutamaan saya adalah anak-anak. Saya tidak mahu terlepas detik-detik bersama mereka. Saya juga tiada pembantu dan setiap hari ada jadual uruskan anak.

irma 3

Irma mahu luang lebih masa bersama anak-anak.

"Rasanya sekarang ini jadual berlakon pun tidak menentu. Kalau mula pukul 8 lagi tak tahu lagi berapa lama akan selesai. Jadi susah untuk saya yang uruskan anak-anak sendiri," katanya kepada mStar.

Irma ditemui ketika hadir ke majlis pelancaran program BeCalm Cookies X Sembang Mak Mak Suria FM yang berlangsung di Menara Star, Petaling Jaya pada Rabu.

Bagaimanapun dia tidak terus meninggalkan dunia seni dan masif aktif sebegai seorang pengacara.

ARTIKEL BERKAITAN: Irma Hasmie tetap dengan pendirian, pilih diam isu rumah tangga - “Apa saja saya jawab akan timbul spekulasi”

ARTIKEL BERKAITAN: Elak timbul fitnah, sahabat karib tampil jelaskan status rumah tangga Irma Hasmie

Meskipun jarang muncul dalam program televisyen dia sering mendapat tawaran untuk mengendalikan rancang untuk tayangan di platform digital dan penstriman.

"Saya masih lagi aktif sebagai pengacara. Banyak program untuk saluran TV atas talian. Ada juga sesekali terlibat dengan program televisyen.

"Cuma untuk berlakon itu rasanya tidak. Saya masih ada pilihan lain dalam kerjaya," jelasnya.

irma hasmie 22

Irma belum sedia beri komitmen masa dalam lakonan.

Untuk rekod Irma mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Redza Syed Irfan, 11, Irma Nur Naylie, 10, hasil perkahwinan bersama Redza Syah Azmeer.

Pelakon ini juga terus mengunci mulut apabila ditanya tentang status rumah tangga mereka selepas timbul khabar angin sudah bercerai sejak November tahun lalu.

Irma hanya memberitahu anak-anak kini di bawah jagaannya.

"Anak-anak dengan saya. Syukur semuanya dalam keadaan baik," jawabya ringkas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain