suria

Irma Hasmie tetap dengan pendirian, pilih diam isu rumah tangga - “Apa saja saya jawab akan timbul spekulasi”

Irma tenang bertemu media namun tetap enggan ulas isu rumah tangga.

PELAKON dan pengacara Irma Hasmie tetap dengan pendirian tidak mahu bercakap tentang status rumah tangganya bersama Redza Syah Azmeer yang dikatakan sudah berakhir dengan penceraian.

Bagi Irma, 42, dia tidak mahu sebarang kenyataan yang keluar akan menimbulkan salah faham sekali gus mengundang spekulasi lain.

"Saya pun tak tahu sama ada perlu jawab atau tidak? Bila ia terlalu peribadi, saya rasa orang luar faham dan mereka tahu keadaan sebenarnya.

irma 1

Irma engga isu rumah tangga menjadi bualan ramai.

"Apa sahaja yang saya jawab akan timbulkan spekulasi dan sebab itu saya ambil pendekatakan mendiamkan diri.

"Saya pilih jalan selamat untuk semua orang supaya tidak timbul sebarang perkara negatif," katanya kepada mStar.

Irma menjelaskan perkara itu ketika hadir ke majlis pelancaran program BeCalm Cookies X Sembang Mak Mak Suria FM yang berlangsung di Menara Star, Petaling Jaya pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Elak timbul fitnah, sahabat karib tampil jelaskan status rumah tangga Irma Hasmie

ARTIKEL BERKAITAN: “Perjalanan baharu sudah bermula” - Hubungan dapat restu keluarga, suami Irma Hasmie kongsi foto perkahwinan

Sebelum ini, seorang rakan baik Irma dikenali sebagai Reen mendedahkan pelakon berkenaan sudah bercerai dengan Redza sekitar November tahun lalu.

Bagaimanapun baik Irma atau Redza tetap dengan pendirian mengunci mulut mengenai status sebenar status sebenar mereka.

Lebih menimbulkan pelbagai spekulasi apabila Redza melangsungkan perkahwinan dengan Nur Hafiza Mohd Salim pada 20 April lalu.

Saya pilih jalan selamat untuk semua orang supaya tidak timbul sebarang perkara negatif

IRMA HASMIE

PELAKON/PENGACARA

Redza menerusi kenyataan di Instagram miliknya memberitahu perkahwinan itu mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak dan ingin memberi fokus kepada masa depan bersama isteri baharu.

Bercakap mengenai kehidupannya kini, Irma memberitahu dia dalam keadaan baik dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tentang dia dan keluarga.

Jelas Irma, dia tidak dapat mengawal apa sahaja diperkatakan orang lain namun dia tetap dengan pendiriannya.

irma 2

Gambar penikahan Redza sebelum ini menjadi bualan ramai.

"Apabila ada kawan jelaskan itu diluar kawalan saya, mungkin dia rasa itu tanggungjawab sebagai kawan untuk menjelaskan.

"Saya diam bukan sebab tiada kekuatan untuk menjawab tetapi saya tetap dengan pendirian.

"Sekarang pun semuanya baik-baik sahaja. Tiada apa-apa kesulitan atau masalah berat. Kalau dengan perkara negatif janganlah mudah buat penilaian sendiri," jelasnya.

Irma juga memberitahu dua anak-anaknya kini di bawah jagaannya dan mereka juga menjalani kehidupan seperti biasa.

Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain