suria

Cliff Umar mengaku salah miliki dan ambil dadah, didenda RM5,000 serta pengawasan AADK 2 tahun

Cliff diperintahkan menjalani hukuman tambahan penjara selama 13 bulan sekiranya gagal bayar denda

PENYANYI Cliff Umar mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki dan memberi dadah kepada dirinya sendiri pada Mei lalu.

Pengakuan bersalah itu dibuat dihadapan Majistret Sasha Diana Sabtu di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Rabu.

Susulan pengakuan, Cliff Umar atau nama sebenarnya, Abdullah Umar Joseph, 42, dikenakan denda sebanyak RM5,500.

71717054854_CliffUmar

Cliff mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan berkaitan dadah.

Juara program nyanyian Gegar Vaganza musim ketujuh juga diperintahkan menjalani hukuman tambahan penjara selama 13 bulan sekiranya gagal bayar denda terbabit.

Selain itu. Cliff turut dikenakan tempoh pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

Peguam Sallehuddin Salam yang mewakili Cliff Umar memohon hukuman denda dikurangkan susulan anak guamnya menanggung isteri dan empat anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berdepan hukuman penjara sehingga 5 tahun, juara GV7 Cliff Umar mengaku salah miliki heroin

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan ambil dadah!” - Cliff Umar tersalah langkah, tiada kata gambar rasa penyesalan

Timbalan Pendakwa Raya Annur Athirah Amran memohon hukuman berbentuk deterrent (pencegahan) ekoran kekerapan kes dan melibatkan kepentingan awam.

Pada 26 Mei lalu, Cliff didakwa memiliki dadah jenis heroin dan monoacetylymorphine seberat 0.9 gram di tepi Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya, kira-kira pukul 3.30 petang.

Dia juga didakwa memberikan kepada diri sendiri dadah berbahaya jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid (thc) kira-kira pukul 6 petang di tandas Balai Polis USJ8, Subang Jaya pada hari yang sama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain