suria

Persembahan ‘Be Your D’ eksklusif di Zepp KL, Bang Ye Dam bakal nyanyi lagu dalam bahasa Melayu

Bang Ye Dam bakal menghiburkan peminat di Kuala Lumpur pada 24 Ogos depan di Zepp Kuala Lumpur.

SIAPA sangka di sebalik imej bintang Kpop yang gah, penyanyi Bang Ye Dam mempunyai sisi berbeza ketika berbicara mengenai acara fan meeting 'Be Your D' yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada 24 Ogos depan.

Mana tidaknya, Ye Dam, 22, langsung tidak kekok menjawab setiap soalan yang diajukan malah penyanyi itu juga tidak lekang menghadiahkan senyuman sepanjang temu bual berlangsung.

Apa yang lebih mengagumkan, Ye Dam cukup bijak dan teliti menyusun setiap kata-kata ketika menjawab pertanyaan yang diajukan.

Ia membuatkan penulis merasa seolah-olah sedang berbual dengan teman rapat dan bukannya bintang Kpop yang terkenal.

Bang Ye Dam 4

Be Your D bakal memperlihatkan Bang Ye Dam mendendangkan lagu dalam bahasa Melayu.

Teruja bercerita mengenai persembahan di Kuala Lumpur nanti, Ye Dam memberitahu dia bakal mendendangkan lagu dalam bahasa Melayu khas buat peminat setia di Malaysia.

Jelasnya, sudah menjadi kebiasaan untuk dia tampil kelainan setiap kali mengunjungi mana-mana negara untuk menghiburkan peminat.

"Setiap kali saya buat fan meeting di mana-mana negara, saya akan cuba untuk buat sesuatu yang sesuai dengan selera peminat negara tersebut.

"Jadi demi peminat di Malaysia saya akan buat cover dan nyanyikan lagu dalam bahasa Melayu, tetapi tajuk lagu rahsia... ia akan jadi kejutan!" katanya.

Bang Ye Dam 1

Bintang kpop terkenal ini turut menggemari buah Durian.

Ye Dam berkongsi keterujaannya itu secara eksklusif ketika temu bual secara panggilan video bersama mStar pada 26 Julai lalu.

Mengakui tidak mudah untuk belajar bahasa baru namun penyanyi itu tetap tekun dan bersemangat menghafal bait-bait lirik lagu akan dinyanyikan nanti.

Menurutnya, dia menjanjikan sebuah pengalaman eksklusif serta luar biasa yang tidak pernah dipamerkan di mana-mana persembahannya sebelum ini.

"Tak senang belajar bahasa Melayu dan sekarang saya pun memang tengah berusaha untuk belajar beberapa ayat untuk berinteraksi dengan peminat nanti.

Saya tak sabar nak merasai sendiri durian di Malaysia.

BANG YE DAM

PENYANYI

"Apa yang boleh saya katakan, persembahan untuk fan meeting kali ini sangat eksklusif dan lain dari yang lain...khas untuk peminat Malaysia sahaja," jelasnya.

Kehadiran Ye Dam bukan sekadar untuk bertemu peminat tetapi dia mempunyai misi tersendiri untuk merasai pelbagai jenis buah-buahan tempatan termasuklah durian.

Jelasnya, dia teringin untuk menikmati raja buah yang terdapat di Malaysia selepas jatuh cinta dengan rasanya ketika pertama kali mencuba di Korea.

"Malaysia sangat terkenal dengan buah-buahan tropikal jadi saya nak makan semua jenis buah yang ada.

Bang Ye Dam 3

Bang Ye Dam menjanjikan persembahan eksklusif buat peminat di Malaysia.

"Saya pernah cuba buah durian di Korea dan ia sangat sedap, saya sangat sukakannya!

"Tapi orang kata durian di Malaysia lagi sedap jadi saya tak sabar nak merasai sendiri durian di sana pula," katanya.

Acara fan meeting 'Be Your D' ini akan menemui peminat Malaysia pada 24 Ogos ini bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

Peminat boleh mendapatkan tiket pada harga serendah RM288 sehingga RM758 dan ia sudah pun mula dijual menerusi laman web LOL Asia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain