suria

Digari bersama kenangan paling indah, Mamat Sepah mahu hidup selamanya bersama isteri

Mamat kongsi keadaan isteri yang trauma.

DIGARI bersama isteri tercinta menjadi satu kenangan indah buat pelawak Mamat Sepah ketika ditahan bagi membantu siasatan atas dakwaan penyebaran maklumat pada 2 Julai lalu.

Disebabkan kejadian itu juga, Mamat atau Mohd Noor Murad, 39, menganggap ia sebagai satu simbolik dia dan isteri iaitu Nordiana Ibrahim akan hidup bersama selamanya.

"Bergari bersama isteri menjadi kenangan manis yang tak boleh lupa. Kami bergari pergi mahkamah dan menjalani ujian air kencing.

shuib1211

Mamat kongsi pengalaman ditahan pihak polis.

"Aku cakap dekat isteri kalau panjang umur kami, dialah satu-satunya manusia yang dengan aku sampai bila-bila.

"Bergari bersama itu ibarat simbolik akan hidup bersama," katanya.

Mamat berkongsi perkara itu semasa perkara menerusi sesi podcast Dol’s Podcast yang dikendalikannya bersama Shuk Sahar, Shuib dan Fizie.

Berkongsi lebih lanjut, Mamat memberitahu isterinya sangat terkesan dengan kejadian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Ya itu saya” - Mamat Sepah buka mulut selepas bebas direman polis bersama isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Mamat Sepah pengsan di pentas Mega Spontan 2023, tak sedap badan sebelum program bermula

Malah isterinya juga masih lagi bersedih walaupun kejadian tersebut sudah hampir sebulan berlalu.

"Aib isteri aku macam mana? Aib aku tak kisah sebab aku sudah biasa. Selama ini orang puji dia tapi sekarang dia simpan air mata sampai ke hari ini.

"Isteri aku ada masalah anxiety yang agak teruk," ujarnya.

Dalam pada itu, Mamat turut berkongsi kes tersebut masih lagi dalam siasatan dan enggan mengulas lanjut mengenainya.

2784892

Mamat simpati dengan keadaan isteri.

"Ia bukan tentang penyebaran kes pembunuhan, aku hanya orang yang disyaki tapi tuduhan belum ada lagi.

"Perkara ini masih lagi dalam siasatan lagi. Aku pun tidak mahu mendahului pihak berkuasa," kongsinya.

Pada 5 Julai lalu, Mamat mengakui dia merupakan pelawak yang ditahan bersama isteri bagi membantu siasatan penyebaran maklumat di aplikasi telegram berkaitan gambar lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Sahabudin Abd Manan di IPD Shah Alam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain