TANPA berselindung pelakon Toh Puan Syamim Farid mendedahkan sejak kecil dia memang berangan-angan mahu bertemu jodoh dengan kerabat diraja. Cerita Syamim atau Syamim Mohd Farid, 33, ketika guru bertanya mengenai cita-cita dia sering memberitahu mahu bergelar seorang puteri raja. "Masa dulu kalau cikgu tanya nak jadi apa bila besar, orang lain jawab mahu bergelar doktor, jurutera dan sebagainya. Syamim bercita-cita untuk berkahwin dengan anak raja sejak kecil. "Tapi saya lain, saya jawab saya nak jadi puteri raja dan semua orang macam terkejut," katanya. Syamim berkongsi perkara itu menerusi sesi podcast yang dimuat naik di Instagram Girl Math Podcast. Dalam pada itu, Syamim juga memberitahu dia turut gemar menonton program televisyen (TV) atau filem berkisarkan kehidupan keluarga diraja ketika zaman kanak-kanaknya. ARTIKEL BERKAITAN: Privasi Syamim Farid Untuk Suami ARTIKEL BERKAITAN: Tengok konsert Beyonce bersama di London, hati Nelydia Senrose ‘hancur’ bukan kerana suami "Masa saya kecil orang suka tengok kartun tapi saya suka tengok rancangn seperti pertabalan raja macam itu. "Saya ingat masa saya kecil, saya suka main buaian. Ingat tak ada satu filem P. Ramlee yang dia cakap nak kahwin dengan anak raja. "Saya memang menyanyi lagu itu masa kecil sebab saya suka cerita itu," ujarnya. Untuk rekod, Syamim mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Selangor iaitu Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari Al-Hajj pada 19 Mac 2016. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!