suria

Khatam al-Quran setiap kali Ramadan, Mamat pernah ditawar sertai tentera sebab pandai mengaji

Mamat memuji usaha ibu bapanya menghantar dia ke sekolah agama.

IMEJNYA mungkin kelihatan nakal dan suka bergurau namun siapa sangka pelawak Mamat Sepah sebenarnya pandai mengaji al-Quran.

Perkara itu didedahkan sendiri sahabatnya iaitu pelawak Shuib yang turut mengagumi kesungguhan Mamat khatam al-Quran setiap kali datangnya bulan Ramadan.

Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Mamat atau Mohd Noor Murad, 39, memberikan sepenuh penghargaan dan kredit kepada ibu bapa dan gurunya mengenai amalan tersebut.

Copy of Untitled - 2024-08-01T145417.376

Mamat berkongsi perkara itu menerusi sesi Dol's Podcast di YouTube.

Kata Mamat, dia tidak akan mampu mengaji dengan baik serta lancar jika tidak dipaksa oleh ibu bapanya ketika zaman kanak-kanak.

'Saya pandai mengaji pun sebab 'kezaliman' ibu saya yang paksa saya pergi mengaji setiap petang lepas balik sekolah agama.

"Segala pujian dan kredit patut diberikan kepada ibu saya dan guru saya." katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Digari bersama kenangan paling indah, Mamat Sepah mahu hidup selamanya bersama isteri

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Ya itu saya” - Mamat Sepah buka mulut selepas bebas direman polis bersama isteri

Mamat berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual di Dol's Podcast yang dimuat naik di YouTube.

Dalam temu bual tersebut, Mamat turut mempamerkam kemampuannya mengaji dengan membaca sepotong ayat al-Quran atas permintaan Shuib.

Bercerita lanjut, pelawak itu turut berkongsi dia pernah ditawarkan menyertai pasukan tentera di Johor hanya kerana keupayaannya membaca al-Quran dan menulis Jawi.

Copy of Untitled - 2024-08-01T145553.413

Mamat pernah ditawarkan menjadi tentera kerana keupayaannya membaca al-Quran.

Jelasnya, ramai yang musykil melihat kemampuannya memandangkan keputusan akademik yang diperoleh tidak begitu memuaskan.

"Saya pernah dapat tawaran masuk askar Johor, sebab di sana mereka pentingkan al-Quran dan Jawi.

"Masa temu duga, mereka tengok SPM saya jahanam tapi disebabkan saya ada talian hayat sekolah agama sampai darjah enam dan boleh baca al-Quran.

"Mereka pelik saya boleh pandai mengaji dan baca jawi, saya jawab yang saya tak bodoh cuma saya pemalas saja!" jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain