suria

2 hari ditahan di wad psikiatri, Ejai Aziz derita kemurungan melampau - “Saya bukan gila!”

Ejai alami kemurungan sehingga pernah ada cubaan mencederakan diri sendiri.

VOKALIS kumpulan Azzahra Band iaitu Ejai Aziz mendedahkan dia baru sahaja dibenarkan pulang ke rumah selepas dua hari ditahan di Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru.

Ejai atau Mohd Azrizal Mohd Aziz, 37, berkata, dia ditahan disebabkan mengalami masalah kemurungan melampau dengan kecenderungan mencederakan diri sendiri.

"Saya baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital selepas ditahan selama dua hari akibat masalah kemurungan.

size NP 1 - 2024-08-01T172019.563

Ejai ditahan di wad psikiatri selama dua hari.

"Saya sudah derita kemurungan sejak Februari lalu dan selepas bertemu pakar psikiatri, doktor memberitahu masalah mental yang saya hadapi ada kecenderungan untuk saya mencederakan diri.

"Saya diletakkan di wad orang gila. Saya terkejut sebab saya bukan gila, saya cuma minta nasihat doktor sahaja," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Ditanya mengenai punca dia mengalami kemurungan melampau, Ejai bagaimanapun menganggap perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Genggam kemaluan panas sehingga di tangan... Seksanya Ejai Aziz disihir

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh menipu status perkahwinan sebelum ini, Ejai Aziz tampil jelaskan salah faham

Kata Ejai, dia tidak mengalami masalah kewangan sebaliknya rasa terlalu penat untuk meneruskan kehidupan.

"Saya sekarang suka menyendiri tapi bukan sebab masalah kewangan cuma agak sukar untuk saya kongsikan sebab terlalu peribadi.

"Sudah lima bulan saya tidur dalam kereta dengan tingkap tertutup, apa yang saya fikir cuma mati," jelasnya.

Sementara itu, Ejai berkata, selepas dibenarkan pulang dia tetap meneruskan berjumpa pakar psikiatri bagi merawat masalah kemurungan dihadapi.

size NP 1 - 2024-08-01T171815.294

Doktor mengesahkan Ejai menghidapi masalah kemurungan.

Ejai berkata, buat masa ini dia mahu memberi fokus kepada rawatan moden selepas cubaan berubat secara tradisional gagal.

"Saya pernah cuba rawatan tradisional, sekarang saya usaha cara moden pula untuk kembali sembuh," katanya.

*** Bagi mereka yang mengalami masalah kemurungan atau kebimbangan melampau boleh mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial menerusi Mental Health Psychosocial Support Service (03-2935 9935/ 014-322 3392); Talian Kasih (15999/ 019-261 5999 di WhatsApp) dan Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti Jakim (011-1959 8214 di WhatsApp).

Orang ramai juga boleh menghubungi Befrienders Kuala Lumpur (03-7627 2929/e-mel [email protected]) dan talian HEAL (Help with Empathy and Love) di 15555.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain