suria

Mediasi di mahkamah gagal, Puteri Sarah dan bekas pekerja sambung ‘perang’ di IG

Puteri Sarah dan Nazatul (kanan) berbalas kenyataan di sosial media.

KEMELUT antara pelakon Puteri Sarah Liyana dengan seorang bekas pekerjanya berlaurtan apabila kedua-duanya saling berbalas kenyataan di sosial media.

Pueri Sarah atau Pueri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, dalam satu hantaran mencabar wanita bernama Nazatul Nazira itu menunjukkan penyataan bank sebagai bukti penafian pecah amanah yang dilakukan.

"Tak habis lagi tak puas hati di IG Story. Tunjuk penyata bank semua duit keluar masuk. Ada berani?

"Bertindak dengan bijak, bukan emosi," katanya.

puteri sarah 2

Kenyataan Nazatul dan Puteri Sarah di sosial media.

Puteri Sarah menulis perkara tersebut Instastory miliknya pada Jumaat.

Kenyataan tersebut dibuat dipercayai membalas perkongsian Nazatul berhubung isu di antara mereka.

Pelakon ini dalam masa sama menunjukkan bukti penyataan akaun yang mencurigakan bernilai RM59,000.

"Gelap mata? Itulah padahnya tidak semak dengan akauntan. Mai hentam diri sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah tak bagi muka, teruskan kes saman malu dan pecah amanah bekas pekerja

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bekas pekerja mahu kes fitnah dibicarakan, fail saman balas terhadap Puteri Sarah

"Waktu mediasi tak mahu cakap semua. Di IG story nak meroyan. Kelakarlah awak ni," ujarnya.

Sementara itu Nazatul dalam perkongsiannya memberitahu dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan lebih lanjut apa yang berlaku di antara mereka.

"Jangan sampai saya buka semua. Saya diam untuk biarkan pihak selayaknya menguruskan kes ini secara profesional.

puteri sarah 4

Nazatul turut memfailkan samna terhadap Puteri Sarah.

"Nak berbincang saya boleh beri ruang tapi nampaknya tiada lagi ruang kedua," luahnya.

Pada petang Khamis, kedua-dua mereka hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi pross meditasi selepas Puteri Sarah memfailkan saman terhadap Nazatul pada Februari lalu.

Proses mediasi di antara Nazatul dan Puteri Sarah akan berlangsung pada 25 September depan.

Nazatul juga memfailkan saman balas terhadap aktres berkenaan pada Jun dalam usaha membersihkan namanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain