suria

“Boleh swipe kalau tak suka” - Aishah rela dibenci, serius mahu banteras buli siber

TIDAK mahu menormalisasikan budaya buli siber, penyanyi Datuk Aishah tidak akan memberi ruang kepada mana-mana pihak yang meninggalkan komen berbaur kebencian terhadap dirinya.

Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 59, sebaliknya tidak akan berdiam diri dan akan membalas komen-komen jahat dilemparkan terhadapnya.

"Sejak dulu lagi saya memang akan jawab balik komen netizen yang saya rasa melampaui batas. Ada yang kata biasalah netizen tapi bagi saya tidak!

"Saya sama sekali tidak akan normalisasikan budaya ini. Kalau nak kata itu normal maksudnya kita benarkan generasi akan datang untuk membuli dan memaki hamun," katanya kepada mStar.

Berdepan sendiri perkara tersebut, Aishah memberitahu apa membuatkan dia terkilan perkara itu dilakukan oleh golongan muda yang seolah-olah hilang rasa hormat terhadap orang lebih berusia sepertinya.

“Saya memang akan cegah benda (buli siber) ini. Sebab itulah ramai yang tidak suka dan tidak terima benda ini.

"Kalau kita normalkan, 10 tahun lagi perkara ini akan jahanamkan generasi kita. Kalau tak suka suara atau lagu saya, ‘swipe’ sahaja. Tak perlu maki saya,” katanya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi