suria

Mahu ‘bonding’ dengan Tuah Alam, Remy Ishak tunggu 3 tahun fikir anak kedua

PELAKON Remy Ishak dan isteri belum terfikir untuk menambah cahaya mata kedua dalam masa terdekat.

Remy atau Mohammad Zalimie Ishak, 42, berkata, mereka mahu menunggu jarak masa sesuai iaitu tiga tahun lagi selain ingin melihat anak pertamanya iaitu Tuah Alam membesar.

"Alhamdulillah Tuah sudah masuk usia setahun, sebagai bapa saya semakin teruja sebab semakin dia besar lebih banyak interaksi dan 'bonding' kami.

"Masa memang cepat berlalu tapi kami belum bersedia untuk berikan Tuah adik sebab dia pun baru setahun, insya-Allah lagi tiga tahun baru fikir perancangan anak kedua pula," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Remy memberitahu Tuah banyak mengubah dirinya malah merasakan lebih matang berbanding sebelum ini.

"Sejak ada anak proses perubahan dan menjadi matang itu memang berlaku, apatah lagi saya pun sudah berusia 40-an," katanya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi