suria

[V] Penyanyi Jay Jay meninggal dunia

PENYANYI Jay Jay atau Mohd Fauzi Darus dilaporkan meninggal dunia di Hospital Thompson Kota Damansara, Selangor pada pukul 9.27 malam Ahad.

Berita duka pemergian penyanyi berusia 67 tahun itu disahkan rakan artis iaitu Datuk Hattan yang menerima perkhabaran itu daripada isteri Jay Jay dikenali sebagai Zaitoon.

"Ya saya dapat bercakap dengan isterinya.

jay1 - 1

Jay Jay diserang angin ahmar selepas menjalani pembedahan.

“Jay Jay meninggal dunia kira-kira pukul 9.27 malam," katanya ringkas kepada mStar.

Jenazah dijangka akan disolatkan di Masjid Al-Husna Bandar Sunway pada pagi Isnin dan dikebumikan sebelum Zohor.

Pada 23 Mei lalu, Jay Jay menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

Selepas menjalani pembedahan, penyanyi berkenaan diserang angin ahmar dan meneruskan rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Diserang batuk berpanjangan, Jay Jay menangis kerana tidak mampu menyanyi lagu nada tinggi... “Saya tak pernah alami sakit seteruk ini”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tak tahu Jay Jay pernah jadi pemuzik iringan, kerja dengan Sudirman dapat gaji bulanan

Pada Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diwakili oleh Setiausaha Politik beliau iaitu Farhan Fauzi menyampaikan sumbangan kepada penyanyi berkenaan.

Dalam pertemuan itu, Anwar turut menitipkan doa agar Jay Jay kembali sihat seperti sedia kala.

Untuk info, Jay Jay melibatkan diri dalam dunia seni dengan menjadi vokalis dan pemain bass untuk kumpulan Carefree.

TOP jayjay - 1

Jay Jay popular dengan lagu Rindu Bayangan.

Lagu Rindu Bayangan antara karya yang cukup meninggalkan kesan di hati pendengar dan membuatkan Jay Jay terus mendapat tempat di hati peminat.

Malah selepas meninggalkan kumpulan Carefree, kariernya terus gemilang dengan kelahiran tujuh buah album solo.

Jay Jay juga pernah memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1988 dan Vokal Terbaik Lelaki pada Anugerah Industri Muzik 1998.

Tidak hanya itu, penyanyi berkenaan pernah memenangi kategori Pop Rock pada Anugerah Juara Lagu pada 1998 menerusi lagu Joget Angan Tak Sudah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain