suria

Empat tahun menunggu akhirnya impian Dolla tercapai, konsert sulung pukau ribuan penonton

Dolla menghiburkan peminat di Konsert Re:Birth The Experience pada malam Sabtu.

KONSERT Dolla Re:Birth The Experience yang dihadiri oleh ribuan peminat berlangsung penuh meriah di Zepp Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Meskipun tampil bertiga tanpa kehadiran bekas anggotanya iaitu Syasya, kehebatan Dolla sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi.

Persembahan pembuka tirai sahaja sudah berjaya memukau semua peminat apabila mereka mempersembahkan lagi BAD dengan aksi tarian luar biasa.

Sepanjang dua jam konsert berlangsung, Dolla mempamerkan kemampuan mereka menari sehingga membuatkan rata-rata penonton yang hadir terpegun.

IMG_6304

Tarian Dolla memukau perhatian penonton yang hadir.

Persembahan koreografi bagi konsert kali ini agak berbeza dan lebih bertenaga daripada yang pernah disajikan sebelum ini.

Malah, keserasian ketiga-tiga anggota iaitu Tabby, Sabronzo dan Angle juga terserlah ketika menjayakan koreografi yang tersusun serta rapi dengan iringan panari latar.

Selain lagu BAD, Dolla turut mendendangkan seleksi lagu popular mereka yang lain termasuklah Damello, Impikan, Look At This dan Classic.

Setaraf persembahan artis antarabangsa, Dolla berjaya menujukkan taring mereka apabila mempamerkan nyanyi secara langsung atau live yang padu dan konsisten sepanjang persembahan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Who's that?" - Ahli kumpulan SMDX mengaku tak kenal Dolla, netizen kecam baru keluar satu lagu dah sombong

ARTIKEL BERKAITAN: [V] SMDX tak kenal... Dolla tidak kecil hati, anggap isu remeh

Tiada langsung kedengaran bunyi gugup malah mereka kelihatan lebih yakin ketika menyanyikan lagu berentak perlahan seperti Here4U, Berani dan Sudi.

Saling melengkapi, peminat yang menggelarkan diri mereka iDolla turut menyanyi bersama ketika persembahan kumpulan pujaan mereka itu.

Pentas juga tidak sunyi apabila Dolla begitu ramah berinteraksi bersama peminat yang hadir.

Mengakui sudah lama menantikan konsert sendiri, Sabronzo meluahkan rasa syukur atas sokongan padu iDolla sehingga mereka berjaya beraksi di pentas berskala besar selepas lebih empat tahun berada dalam industri.

“Selepas lebih empat tahun akhirnya kami mampu berada dia pentas besar macam ini untuk menghiburkan semua iDolla.

“Semua ini tak akan berjaya tanpa bantuan dan sokongan iDolla selama ini, saya sangat berterima kasih. Tanpa anda kami tiada di sini,” katanya.

IMG_6303

Dolla teruja dapat beraksi di pentas berskala besar.

Ketika di penghujung konsert, Dolla menerima kejutan apabila peminat menyediakan sebuah video istimewa dengan ucapan yang cukup menyentuh hati.

Dalam video tersebut iDolla meluahkan rasa sayang mereka kepada semua anggota kumpulan berkenaan dan berharap agar Dolla terus menyinar di dalam industri muzik Malaysia.

Tersentuh sehingga mengalirkan air mata melihat para peminat, Angle berjanji untuk tidak akan berputus asa dam sentiasa menghasilkan karya terbaik buat iDolla.

“Saya janji untuk tak akan berhenti dan terus hasilkan lagu-lagu dan persembahan yang terbaik dan boleh menghiburkan iDolla,” kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain