ENGGAN terus dituduh mengharapkan wang daripada suami, pelakon Datin Intan Najuwa menjelaskan semua perbelanjaan yang dilakukan olehnya menggunakan pendapatan sendiri. Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, memberitahu dia tidak perlu bergantung kepada suami iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman kerana masih mampu hidup berdikari tanpa mengharapkan wang sesiapa. "Untuk sesiapa yang tertanya-tanya dan terfikir bahawa saya menggunakan duit suami, tolong ingat ya saya ada duit dan pendapatan sendiri. "Saya tidak perlukan dia (suami) untuk menanggung saya. Ke mana sahaja saya pergi, sama ada melancong atau membeli-belah, saya tidak menggunakan wang suami. Intan mohon tidak melibatkan suaminya dalam setiap urusan perbelanjaan. "Jadi tolong faham yang saya boleh berdikari walaupun sudah berkahwin. Tolong jangan anggap saya sentiasa menggunakan wang suami untuk segala hal," katanya. Intan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. Dalam pada itu, Intan memberitahu dia terpaksa menjelaskan perkara itu kerana sudah penat dengan andaian yang dibuat netizen yang mendakwa dirinya sering menggunakan wang suami untuk berbelanja mewah. Justeru itu, Intan berharap netizen tidak lagi mengaitkan suaminya dengan setiap perbelanjaan yang dilakukan. ARTIKEL BERKAITAN: Teruja sambut kelahiran anak pertama, Intan Najuwa bakal terbang ke London 'shopping' barangan bayi ARTIKEL BERKAITAN: Peminat risau minum teh tak baik untuk kandungan, Intan Najuwa tahu jaga kesihatan cuma penuhi selera mengidam "Jangan libatkan suami saya dengan setiap aktiviti perbelanjaan, shopping dan melancong kerana dia tidak ada kena mengena dengan setiap apa yang saya lakukan. "Saya sudah penat dengan kata-kata masyarakat yang membuat andaian tentang perkara ini (sumber kewangan). "Tolong ingat, jangan libatkan suami saya dalam hal kewangan atau cara saya berbelanja. Terima kasih," katanya. Malah, Intan memberitahu sebelum berkahwin lagi dia sudah pandai mencari wang dan tidak timbul isu di mana dirinya hanya bergantung hidup dengan orang lain. "Saya uruskan segala urusan kewangan saya dan berharap perkara ini dapat memberikan pencerahan atas segala salah faham yang berlaku. "Saya tidak kisah dengan status diri jadi jangan ingat saya bergantung kepada suami untuk segala-galanya. Jangan ganggu suami saya lagi. "Sebelum berkahwin saya sudah mempunyai kehidupan sendiri dan saya tahu macam mana nak berdikari walaupun sudah mendirikan rumah tangga," ujarnya. Intan mampu berdikari untuk hidup senang. Sebelum ini, Intan memaklumkan bakal terbang ke luar negara bagi membeli keperluan cahaya mata pertama yang akan dilahirkan tidak lama lagi. Kata Intan, dia memilih untuk ke Kota London bagi membeli barangan buat bayinya itu dan tidak sabar untuk berkongsi kepada pengikut di media sosial. Untuk rekod, Intan bernikah dengan Azraf pada 18 Ogos tahun lalu. Pada 18 Julai lalu, Intan berkongsi khabar gembira bahawa dia sedang hamil anak pertama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!