suria

Tayang video pegang tangan, peminat restu hubungan cinta Kasih Leona dan penyanyi Gabriel Prince

Besar harapan peminat terhadap hubungan Leona kali ini.

BAGAIKAN sudah bertemu pengganti, kemesraan yang ditunjukkan oleh personaliti media sosial Kasih Iris Leona bersama penyanyi Indonesia Gabriel Prince menjadi bualan peminat di media sosial.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Leona, 23, dan Gabriel dilihat tidak menyorokkan hubungan apabila saling berpegangan tangan ketika merakam video bersama.

Malah pasangan berkenaan juga tersenyum gembira sambil memandang antara satu sama lain.

leona 4

Leona mesra bersama Gabriel.

Lebih menguatkan spekulasi cinta mereka apabila Gabriel turut meninggalkan komen memanggil Leona sebagai isterinya.

Komen ditulis Gabriel itu turut dibalas Leona yang mengakui teruja menantikan hari bahagia mereka.

"Tak sabar menunggu perkahwinan kita," balas Leona.

ARTIKEL BERKAITAN: Leona makin langsing! ‘Double chin’ hilang sebab suntikan, upah jurulatih peribadi kuruskan badan

ARTIKEL BERKAITAN: Personaliti bagai langit dengan bumi, Leona minta masa 2 bulan ubah kembar jadi influencer - “Dia pemalu orangnya”

Gara-gara video dan komen tersebut, rata-rata netizen menganggap mereka kini merupakan pasangan bercinta.

Malah, peminat juga seolah-olah merestui hubungan itu dan berharap ia berkekalan.

"Kalau sudah berpegang tangan maksudnya bukan kawan lagi dah.

l3

Netizen masih berteka teki hubungan Leona.

"Kami restu tapi harapkan penjelasan sebenar!" antara komen netizen.

Pada Januari lalu, Leona meluahkan rasa sedih selepas mengetahui bekas teman lelakinya, Ryan sudah mempunyai kekasih baharu.

Lebih mengecewakan, tempatnya itu diganti oleh wanita yang didakwa sahabat baiknya sendiri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain