suria

Kisah pemungut sampah ke layar perak, ‘Pungut’ papar kepayahan harungi liku kehidupan

Filem Pungut mengangkat kisah masyarakat tinggal di pelupusan sampah.

BUKAN sekadar naskhah aksi biasa, filem berjudul Pungut mengangkat realiti sebenar kehidupan pemungut sampah dengan sentuhan berbeza.

Kata penerbitnya, Datuk Saifulhaq Anani karya ini memaparkan kepayahan hidup masyarakat yang hidup dalam longgokan sampah demi mencari rezeki.

"Ia mencerminkan tentang kuasa, kedudukan serta kepayahan masyarakat dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang terlalu sukar demi mencari sesuap nasi

Copy of Untitled (12)

Filem ini membuka mata masyarakat tentan realiti kehidupan pemungut sampah.

"Jadi, naratif ini diolah dengan situasi yang berlaku sekarang ini dengan dijadikan sebuah kisah memaparkan kehidupan pekerja mencari rezeki sebagai pemungut sampah," katanya.

Jelasnya, filem ini sarat dengan pengajaran yang mampu menyedarkan serta membuka mata penonton tentang masalah yang berlaku dalam masyarakat kini.

"Pungut memberikan kesedaran bahawa di sebalik pembangunan yang semakin pesat, masih ada segelintir yang mencari rezeki dalam longgokan sampah," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Angkat kisah benar tentang poligami, ‘Perjalanan Pembuktian Cinta’ jentik rasa insaf

ARTIKEL BERKAITAN: Filem ‘Memoir Seorang Guru’ jentik hati penonton, angkat pengorbanan pendidik di kawasan pendalaman

Menurut pengarah Areel Abu Bakar, filem ini mempunyai simbolik tersendiri di sebalik kisah pemungut sampah.

Jelasnya, dia mahu menceritakan tentang kegagalan sistem masyarakat dalam sudut yang berbeza dan tidak pernah dihasilkan dalam mana-mana naskhah lain.

"Pada saya, kisah dalam filem Pungut adalah sebuah cerita rakyat yang agak ‘terpencil’, misalnya dengan menjadikan kisah pekerja pemungut sampah ini sebagai premis utama.

Copy of Untitled (9)

Filem ini turut mengetengahkan elemen aksi.

"Di sebaliknya, filem ini boleh dikatakan sebagai ‘simbolik’ kepada kerosakkan sistem yang ada dalam sesebuah organisasi setempat dan itu yang saya cuba sampaikan dalam bentuk filem," jelasnya.

Menjalankan pengambaran di kawasan pelupusan sampah, Areel berdepan pelbagai cabaran demi menghasilkan karya yang berkualiti.

"Itu antara cabaran utama, namun semuanya berjalan lancar. Mungkin ada segelintir yang memandang jijik pekerjaan sebegitu,

Copy of Untitled (10)

Filem ini sarat dengan pengajaran.

"Apapun yang lebih penting saya ingin penonton lihat sendiri tentang kehidupan pekerja pemungut sampah ini mencari rezeki," katanya.

Filem terbitan Screen Studios ini dibintangi oleh Rizaidi Abdul Rahman, Aman Graseka, Fad Anuar, Aliff Yasraff dabn Siti Julia.

Filem Pugut akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 29 Ogos 2024.

Secara ringkas, filem ini mengisahkan tentang Salleh yang tinggal di sebuah perkampungan setinggan berhampiran dengan sebuah kawasan pelupusan sampah dan berkerja sebagai pengutip barang-barang lusuh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain