MASALAH peribadi dan faktor kesihatan kurang baik menyebabkan vokalis Azzahra Band iaitu Ejai Aziz terpaksa menunda pelancaran lagu baharu yang sudah lama disiapkan. Ejai atau Mohd Azrizal Mohd Aziz, 37, bagaimanapun bersyukur kerana syarikat rakaman memahami situasi sedang dihadapinya itu. "Ada lagu yang dah siap, tapi saya tunda sebab keadaan saya tak stabil. Ejai baru discaj daripada hospital pada Khamis lalu. "Saya ada beritahu label yang sekarang ni saya ada masalah peribadi, mereka faham dan sedia menunggu saya. "Saya masih mahu teruskan karier tapi saya nak selesaikan beberapa hal terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi mStar. Meskipun sudah lama tiada pekerjaan, Ejai memberitahu pendapatannya tidak terjejas buat masa ini. Ini kerana dia masih mempunyai sumber kewangan hasil daripada royalti lagu ciptaannya sebelum ini. ARTIKEL BERKAITAN: Genggam kemaluan panas sehingga di tangan... Seksanya Ejai Aziz disihir ARTIKEL BERKAITAN: 2 hari ditahan di wad psikiatri, Ejai Aziz derita kemurungan melampau - “Saya bukan gila!” "Sekarang saya tak fikir sangat tentang duit sebab saya masih ada duit daripada hasil royalti lagu sebelum ini. "Duit tu masih berjalan, jadi masalah kewangan tu syukur setakat ni tidaklah teruk sangat," jelasnya. Dalam pada itu, Ejai memohon doa orang ramai semoga dia diberikan kesembuhan sepenuhnya dan kembali bangkit mewarnai industri hiburan. "Buat masa sekarang saya belum bersedia untuk kembali menyanyi, saya masih ada rasa tertekan dalam hidup saya. Ejai mohon doa orang ramai supaya dia kembali pulih. "Saya harap orang ramai doakan saya supaya saya dapat bangkit dan atasi masalah yang sedang saya hadapi," ujarnya. Menerusi laporan mStar sebelum ini, Ejai memberitahu dia dimasukkan di wad psikiatri di Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru dan dibenarkan keluar pada Khamis lalu kerana faktor kemurungan. Jelas Ejai dia ditahan disebabkan mengalami masalah kemurungan melampau dengan kecenderungan mencederakan diri sendiri. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!