suria

Teruja sambut kelahiran anak pertama, Intan Najuwa bakal terbang ke London ‘shopping’ barangan bayi

Intan teruja bakal menyambut kelahiran anak pertama.

BAKAL menyambut kelahiran cahaya mata pertama, pelakon Datin Intan Najuwa memaklumkan dia bakal terbang ke luar negara bagi membeli keperluan bayi itu.

Kata Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, dia memilih untuk ke Kota London bagi membeli barangan buat anak pertamanya itu dan tidak sabar untuk berkongsi kepada pengikut di media sosial.

"Saya akan ke London bulan depan untuk membeli barangan keperluan bayi. Tak sabar nak berkongsi pilihan saya dengan anda (pengikut) semua.

Intan bakal membeli persiapan barangan bayi di London.

Intan bakal membeli persiapan barangan bayi di London.

"Ini merupakan kali pertama saya betul-betul nak membeli barangan bayi dan saya mencari inspirasi daripada Pinterest. Banyak idea yang boleh dijadikan rujukan," katanya menerusi Instastory.

Intan berkongsi perkara itu bagi menjawab soalan yang berikan seorang pengikut.

Dalam pada itu, pelakon drama Jesnita ini memberitahu dia sudah membeli beberapa barangan di Malaysia, manakala selebihnya akan dibeli di luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat risau minum teh tak baik untuk kandungan, Intan Najuwa tahu jaga kesihatan cuma penuhi selera mengidam

ARTIKEL BERKAITAN: Teruk alahan hamil anak pertama... Intan Najuwa tak boleh bau kuda, nak muntah tengok pasu dan langsir di rumah

"Saya menyediakan keperluan bayi sedikit demi sedikit kerana saya akan berbelanja di London tidak lama lagi.

"Malah minggu depan saya juga akan ke Sepanyol untuk membeli-belah barangan bayi," ujarnya.

Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos tahun lalu.

Intan sebelum ini berkongsi khabar gembira dia sedang hamil anak pertama pada 18 Julai lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain