TIDAK hanya berbakat besar sebagai penyanyi dan cekap di dapur, Datuk Fazley Yaakob rupanya berkebolehan berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat. Walaupun tidak begitu mahir, Fazley atau Ahmad Fazley Yaakob, 46, tetap berusaha menggunakan bahasa isyarat apabila bertemu dengan peminat yang juga orang kelainan upaya (OKU). "Semalam saya disapa menggunakan bahasa isyarat oleh tiga anak muda ini. Fazley berkongsi video dia berbual bersama peminat menerusi hantaran di Instagram. "Masing-masing teruja nak berbual dengan saya. Tanpa mereka ketahui, saya juga boleh berbahasa isyarat walaupun tidak cekap," katanya. Fazley berkongsi perkara itu menerusi hantaran video memaparkan aksinya berinteraksi bersama tiga individu menggunakan bahasa isyarat di Instagram miliknya. Meskipun perbualan tidak dizahirkan melalui kata-kata namun Fazley dan peminatnya itu dilihat rancak berbual seperti kenalan lama dalam bahasa isyarat. ARTIKEL BERKAITAN: Jadi duta macam-macam produk rezeki keluarga, Fazley Yaakob tampil wangian bau pastri pula ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob baru tahu Mawar Rashid, Raf berpisah melalui IG... Yakin adik buat keputusan secara matang "Lama juga kami berbual dari 'buat apa di sini? Kerja dekat mana? Kerja apa, dah lama couple ke? Bila nak kahwin?' dan sebagainya. "Sampai kami semua terbahak-bahak ketawa tanpa suara," ujarnya. Sementara itu, pengikut penyanyi tersebut meluahkan rasa kagum dengan keupayaan dan kesungguhan Fazley melayan peminat tanpa mengira latar belakang mereka. Fazley teruja dapat berinteraksi dengan peminat. Malah ramai memuji usaha mempelajari bahasa isyarat sebagai perkara tepat dan Fazley layak digelar selebriti contoh. "Wah kagumnya 'Abang Long' (panggilan Fazley) tahu bahasa isyarat! Terbaik! "Terima kasih kerana sudi melayan peminat tidak kira apa keadaan mereka. Memang saya tabik dengan Datuk," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!