suria

Puji keberanian Norlia Ghani, Kartina Aziz pertimbang permintaan bawa karakter Mami Jarum dalam ‘live’ TikTok

Kartina puji Norlia aktif di TikTok sehingga mampu raih pendapatan selain daripada berlakon.

TINDAKAN pelakon veteran Norlia Ghani menggunakan TikTok sebagai cara menjana pendapatan sampingan mendapat pujian rakan seperjuangannya iaitu Kartina Aziz.

Kartina atau Kartina Abdul Aziz, 69, berkata, apa dilakukan itu patut diberi pujian kerana Norlia tidak bersikap meminta dan bijak mengambil peluang dalam mencipta pendapatan.

Malah kata Kartina, apa dilakukan aktres berusia 76 tahun itu patut dijadikan contoh kepada selebriti veteran lain.

Kartina nasihat artis baharu supaya fokus dan timba ilmu daripada pelakon senior.

Kartina berkata artis vateran ada maruah dan tidak suka meminta-minta

"Ikut cara Norlia (aktif di TikTok), sebab kita artis veteran ini ada maruah. Tak mahulah jadi orang yang suka meminta-minta.

"Allah buka rezeki dalam pelbagai bentuk. TikTok sekarang pun boleh dapat duit.

"Tapi pastikan buat pengisian yang baik, janganlah content merapu," katanya kepada mStar.

Mempunyai akaun TikTok sendiri, Kartina bagaimanapun memberitahu tidak akan mengikut jejak langkah rakannya itu kerana tidak yakin dapat memberi tumpuan pada usianya sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bercakap pun macam tak betul” - Baru diserang 'mild strok', Kartina Aziz dah 'ready' masuk set penggambaran

ARTIKEL BERKAITAN: Kartina Aziz tak hidap angin ahmar, syukur ramai mendoakan kesihatan

Pun begitu, Kartina memberitahu ramai pengikutnya meminta dia mengetengahkan karakter Mami Jarum dalam video siaran langsung di platform berkenaan.

"Ramai minta buat live menggunakan karakter Mami Jarum tapi saya rasa netizen buat parodi lagi bagus berbanding saya.

"Saya rasa tak sesuai untuk umur saya sekarang. Lagipun nak bersaing dengan anak muda sudah tak mampu rasanya.

"Tapi tengoklah kalau ada kekuatan nak buat, insya-Allah," ujarnya.

Ikut cara Norlia (aktif di TikTok), sebab kita artis veteran ini ada maruah.

KARTINA AZIZ

PELAKON VATERAN

Dalam perkembangan lain, Kartina meluahkan rasa sebak selepas menjadi antara penerima sumbangan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis yang dianjurkan pasangan selebriti Zamarul Hisham dan Diana Rafar.

Menurut Kartina, ramai yang kasihan dengan nasib selebriti senior namun tindakan untuk membantu itu tiada seperti yang dilakukan pasangan suami isteri berkenaan.

"Sudah tentu (sebak), saya rasa kurang program macam ini untuk artis veteran, lagi-lagi dalam keadaan sekarang memang ramai perlukan duit.

"Ramai cakap kasihan tapi tak buat apa-apa, Zamarul dengan Diana sangat bagus sebab mereka gerakkan program sebegini.

size NP 1 - 2024-08-02T090851.802

Kartina puji Norlia jana pendapatan melalui TikTok.

"Tambah pula kedua mereka tidak pandang pada satu kelompok, mereka hargai semua penggiat seni tidak kira pelakon, penyanyi, dan pelawak," jelasnya.

Kartina dan Norlia antara 20 penerima sumbangan bagi program berkenaan sebanyak RM5,000 dan tajaan umrah daripada Lembaga Zakat Selangor.

Selain mereka berdua, artis lain yang turut serta ialah Delimawati, Azlee Senario, Harun Hashim, Mubarak Majid, Ako Mustapha, Bagio, Sathia dan Mak Wan Latah.

Tidak ketinggalan Mak Engku, Anita Rafar, Asilah Rafar, Azila Rafar, Sahronizam Noor, Mak Jah, Kenji Sawahi, Ako Mustapha, Aida Khaleda dan Yasin Senario.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain