HAMPIR 15 tahun melibatkan diri dalam dunia peragaan, pereka fesyen Fiziwoo mendedahkan dirinya berdepan masalah buta warna. Fizi atau Hafizi Radzi Woo berkata dia tidak mampu melihat warna pada lampu isyarat, malah gagal membezakan warna-warna pastel lain. "Teruknya saya punya buta warna apabila lampu isyarat saya tak boleh nak nampak. Saya tak boleh nak bezakan hijau, merah dan kuning terutama pada waktu malam. "Jadi apa saya buat hanya melalui naluri sebagai orang kreatif. Warna pastel memang saya gagal," katanya kepada mStar. Fizi pernah hilang keyakinan diri apabila pelanggan mengetahui dirinya buta warna. Fizi berkongsi perkara itu selepas tamat memperaga koleksi baharu Spring Summer bertemakan Night Butterfly di acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) yang berlangsung pada malam Jumaat. Kata Fizi, dia sering hilang keyakinan diri apabila ada pelanggan jenamanya mengetahui dia seorang buta warna. Namun perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkarya sebaliknya menganggap ia satu kelebihan. "Bila klien tahu saya buta warna dan mereka terkejut... saya terus tiada keyakinan. Saya selalu simpan perkara ini. ARTIKEL BERKAITAN: Cantik Ruhainies 'fitting' baju pengantin, bagi hint dah nak kahwin... Netizen pula bimbang kena 'prank' lagi ARTIKEL BERKAITAN: Inspirasi durian Fiziwoo, kemunculan semula Hatta Dolmat dan Projek Jahat AirAsia di KLFW2019 "Tapi bila bertemu dengan ramai orang dari pelbagai latar belakang baru saya sedar itu bukan kekurangan tetapi kelebihan buat saya. "Di mana saya tengok warna itu dari mata saya yang tidak sama seperti orang lain. Apa yang dilihat rekaan sebelum ini atau di KLFW berdasarkan mata saya yang rasa itu adalah cantik," katanya lagi. Dalam pada itu, Fizi turut meluahkan rasa syukur apabila cermin mata untuk membantu golongan buta warna sudah dihasilkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Katanya kali pertama dia dapat melihat pelbagai warna sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali gus membuatkan dia menangis akan keindahannya. Khai (kiri) dan Fizi terlibat dalam KLFW24. "10 tahun lepas masih belum ada pengeluaran cermin mata yang mampu bantu mereka buta warna. "Tapi beberapa tahun ini sudah ada cermin mata untuk yang buta warna, sebelum PKP saya ke Bangsar dan terkejut ada cermin mata untuk orang buta warna. "Ketika itu pertama kali saya cuba dan lihat warna sebenar. Saya menangis... rasa sangat beruntung mereka yang ada pancaindera yang lengkap. Saya cemburu. "Saya harap saya bukan seorang yang buta warna tapi saya tak merungut. Saya anggap ini semua anugerah dari Tuhan dan buat saya lebih berdedikasi," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!