ISTERI kepada penyanyi rap MK iaitu Siti Hajar selamat melahirkan bayi perempuan pada Sabtu. Berkongsi berita gembira itu, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, 28, turut meluahkan rasa syukur akhirnya bergelar bapa. “Alhamdulillah Ya Allah! Hari ini 3 Ogos 2024 isteri saya (Hajar) selamat melahirkan seorang puteri. “Ini anugerah terbesar daripada Allah,” katanya. ARTIKEL BERKAITAN: MK beri bayangan bakal timang anak pertama, cium perut isteri sempena hari jadi ARTIKEL BERKAITAN: Kunci mulut isteri hamil, MK hanya mohon doa... Teruja tahun pertama Ramadan sebagai suami MK berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada malam Sabtu. Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada MK dan isteri. Malah mereka mendoakan supaya pasangan ini mampu menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa dengan baik. MK sebelum ini beri gambaran bakal timang cahaya mata pertama sempena hari jadi. “Alhamdulillah, tak sabar nak tengok MK dan Hajar junior. “Syukur, semoga bayi dan ibu sihat selalu. “Tahniah MK dan Hajar, semoga urusan selepas ini sebagai ibu dan bapa dipermudahkan,” tulis netizen di ruangan komen. Untuk rekod, MK dan Hajar bernikah pada 16 Jun tahun lalu di Ampang, Selangor. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!