DITUDUH kurus kerana mengambil barang terlarang, penyanyi Hafiz Suip dilihat kurang senang dengan tohmahan yang dilemparkan netizen berhubung perubahan fizikal pada tubuhnya itu. Kata Hafiz, 34, dia sama sekali tidak pernah mengambil barang terlarang itu, sebaliknya dia menjaga kesihatan selepas berdepan masalah slip disc sejak 2016. Malah dia mula aktif bersenam di gimnasium dan memasuki kelas tinju untuk mengekalkan kecergasan diri sejak dua bulan lalu. Hafiz mahu jadi diri sendiri. “Netizen nampak saya kurus bukan sebab saya hisap batu, bukan hisap dadah dan benda-benda yang korang tuduh itu. “Saya menjaga kesihatan, saya pergi gim, saya masuk kelas boxing sudah dua bulan. Bukan sebab saya nak bergaduh, tapi sebab untuk fitness saya, kesihatan diri. “Itulah sebab kenapa saya kurus. Satu lagi sebab slip disc yang semua orang pun tahu sejak 2016 saya hadapi masalah itu,” kata Hafiz kepada mStar. Hafiz memaklumkan perkara itu semasa ditemui selepas selesai membuat persembahan di Konsert By Ajai & Mega Friends yang diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada malam Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Tunjuk video buat ‘pull up’, Hafiz Suip nak sepak individu tuduh ambil barang terlarang ARTIKEL BERKAITAN: Ajai tahu Hafiz Suip ada masalah, nasihat jangan tinggalkan kerjaya seni... Dekatkan diri dengan Allah Dalam masa sama, penyanyi lagu Awan Nano juga mengakui sudah penat menjadi hipokrit dan hidup dalam kepura-puraan seperti dahulu. Jelas Hafiz, ia disebabkan komen netizen yang terlalu melampaui batas sehingga tidak menjaga sensitiviti dan hal peribadinya. “Bagi saya, komen netizen di TikTok dan Instagram sangat ketara berbeza. Saya sudah malas nak hipokrit depan orang. “Kalau netizen boleh macam itu (toksik), saya pun boleh macam itu juga. Tak adanya netizen saja boleh, kita tak boleh sebab kita artis. Memang saya akui sepanjang jadi artis saya banyak hipokrit. HAFIZ SUIP PENYANYI “Saya manusia, saya juga ada perasaan. Saya ada juga geram nak menaip. Saya hanya nak jadi diri sendiri, biarlah orang nak kata apa,” ujarnya. Malah kata Hafiz, disebabkan komen-komen jahat juga membuatkan dia berehat seketika daripada industri muzik. “Memang saya akui sepanjang jadi artis saya banyak hipokrit, bermuka-muka depan orang. Artis pun manusia juga. Dulu masa zaman tak ada kecaman, okay saja. Hafiz kerap kongsi keberadaannya di gim. “Cuma sekarang bila ada telefon, itu yang menyebabkan diorang rasa kuat, padahal mereka juga makhluk macam kita. Saya rasa macam penat, sebab itu saya tarik brek (berehat) sekejap,” jelasnya. Sebelum ini, perkongsian Hafiz Suip di akaun TikTok miliknya memperlihatkan dia sedang melakukan senaman mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ia susulan tubuh badan Hafiz yang kelihatan semakin kurus sehingga ada yang menuduhnya mengambil barangan terlarang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube