DALAM diam pelakon Yana Samsudin rupanya sedang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana dalam jurusan Pengurusan Korporat di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Yana atau Nurliana Samsudin, 40, berkata, kehidupan yang agak stabil ketika ini membuatkan dia tergerak hati untuk melanjutkan pelajaran. Katanya, tindakan itu juga sebagai satu inspirasi kepada anak-anak mereka tentang kesusahan untuk mendapatkan kehidupan yang selesa. Yana mahu beri inspirasi kepada anak-anak. "Sebenarnya saya bosan tak buat apa-apa jadi saya sambunglah belajar tapi saya buat ini untuk anak-anak saya sebagai satu inspirasi kepada mereka. "Sebab zaman saya bersengkang mata tak tidur malam mereka tak lahir lagi. Bila saya sudah ada perniagaan dan kehidupan lebih stabil saya tak nak mereka rasa mudah cari duit dengan hanya buka telefon. "Walaupun usia sudah 'banyak' saya masih nak dapatkan kedudukan yang tinggi," katanya kepada mStar. Berkongsi mengenai pengajiannya, Yana memberitahu dia mula menjalani pembelajaran jarak jauh (PJJ) selama setahun dan sepatutnya menerima ijazahnya pada November depan. ARTIKEL BERKAITAN: Bau hanyir ketika menyusu dalam gelap, Yana Samsudin kongsi detik cemas leher anak berdarah ARTIKEL BERKAITAN: Yana Samsudin selamat bersalin anak ketiga, terharu suami buat kejutan pakej berpantang Bagaimanapun tempoh pengajiannya terpaksa dilanjutkan susulan mengambil cuti bersalin anak ketiganya pada Januari lalu. Tidak hanya itu, Yana juga memberitahu dia terpaksa berehat lebih panjang selepas disahkan menghidap praeklampsia iaitu sejenis penyakit tekanan darah tinggi yang biasa menyerang ibu mengandung. "Sepatutnya saya graduasi bulan November ini tapi saya ada tiga lagi silibus yang belum diselesaikan kerana bercuti selama satu semester untuk melahirkan anak ketiga. "Saya cuma sempat menyelesaikan beberapa tugasan tapi insya-Allah saya akan graduasi tahun depan," katanya. Kalau ada pihak memerlukan khidmat saya bersedia bekerjasama. YANA SAMSUDIN PELAKON Menurut Yana, sepanjang pengajian dia seronok dapat berkenalan dengan rakan baharu yang lebih berpengalaman dalam dunia korporat. Namun dalam keseronokan itu, menyiapkan tugasan menjadi salah satu cabaran terutamanya bagi subjek berkaitan undang-undang. "Paling susah subjek berkaitan undang-undang dan saya sentiasa kena bersedia setiap kali menghadiri kuliah. "Pengalaman sambung belajar ini membuatkan saya jadi lebih bertanggungjawab dan melakukan yang terbaik dalam setiap tugasan diberikan," kongsinya. Yana sentiasa fokus dalam pembelajarannya. Dalam pada itu, Yana tidak menolak jika akan bekerja dalam bidang korporat selepas tamat pengajian tahun depan. Bagaimanapun kata Yana, ilmu diperolehi juga banyak membuka mata dan membantunya dalam menguruskan perniagaannya dengan lebih efisyen. "Kalau ada pihak memerlukan khidmat saya dalam dunia korporat saya bersedia bekerjasama. "Keputusan sambung belajar juga banyak membantu saya menguruskan perniagaan dengan lebih baik," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!