suria

Cari rezeki untuk keluarga, Aman Graseka dan isteri berniaga jellyball

Aman dan isteri mencari rezeki dengan berniaga jellyball.

BERUSAHA mencari rezeki untuk keluarga, pelakon Aman Graseka memaklumkan dia kini sibuk berniaga makanan di tapak Bazar Ramadan Wisma Ria, Sungai Petani Kedah.

Menurut isterinya iaitu Nurul Amrina, mereka telah menjalankan perniagaan di lokasi berkenaan sejak kira-kira setahun lalu.

Antara perniagaan mereka ialah makanan ringan kesukaan kanak-kanak iaitu jellyball atau bebola agar-agar.

aman1 - 1

Aman dan isteri kini berniaga jellyball di Sungai Petani, Kedah.

"Kami berniaga di Tapak Bazar Ramadan Wisma Ria pada setiap hari kecuali cuti pada Isnin. Sudah setahun lebih berniaga.

"Kami ada buat perisa blue lemon, laici, strawberi, epal dan mangga. Ada enam perisa semuanya," katanya.

Amrina berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung yang dilakukan di TikTok pada petang Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh pelakon era 90-an minta bantuan nak bagi anak makan, Aman Graseka tampil jelas situasi sebenar... Kini sibuk berniaga ketupat dan rendang

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Aman Graseka mesej minta bantuan lagi, kali ini anak sakit sedang ditidurkan... Sharifah Shahirah jadi takut nak percaya

Dalam siaran langsung itu turut kelihatan Aman atau Aman Shah Baharom Shah, 56, duduk bersebelah Amrina.

Aktor itu juga sesekali dilihat ramah menjawab persoalan yang diberikan oleh pengikutnya.

Pada Mac lalu, kecoh apabila penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah ada memuat naik hantaran di Instagram mengenai mesej dihantar oleh Aman yang meminta bantuan untuk keperluan keluarga dan anak-anaknya.

Dalam mesej itu, isteri aktor berkenaan turut memberitahu anaknya sedang sakit dan ditidurkan di sebuah hospital di Kedah.

Kata Shahirah, dia juga bimbang jika mesej yang diterima itu tidak benar dan bimbang isteri Aman sengaja mereka cerita untuk meraih perhatian.

aman2 - 1

Aman sebelum ini mencetus kontroversi apabila didakwa memohon bantuan daripada rakan artis.

Untuk rekod, Aman mendirikan rumah tangga dengan Amrina pada 2018 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Aishymir Mateen, 5, dan Aishyraf Mikail Shah yang kini berusia 3 tahun.

Sebelum itu, Aman juga pernah berkahwin dengan penyanyi dangdut Mas Idayu pada 1997 namun bercerai pada 2006.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Dayini Asyiqa, 27 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain