MULA aktif bergelar pelakon, personaliti media sosial Mek Yun mengakui selesa dan tidak kekok berada dalam kalangan artis berbangsa Melayu. Meskipun berbangsa Cina, Mek Yun atau Wee Mun Nee, 27, berkata dia tidak menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dalam industri lakonan kerana dibesarkan dalam kalangan masyarakat Melayu. "Bagi saya tidak menghadapi kesukaran langsung malah lebih rasa selesa kerana saya pun dibesarkan dalam kalangan masyarakat Melayu juga, daripada kecil sampai besar. Mek Yun tidak kekok bergelar pelakon dalam industri yang dipelopori oleh bangsa Melayu. "Lagi pun orang mengenali saya seorang yang bertutur dalam bahasa Kelantan dan fasih berbahasa Melayu. Jadi tidak pernah mendatangkan masalah buat saya. "Saya pun turut berasa gembira kerana orang-orang yang bekerja dengan saya rasa selesa," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Mek Yun juga memberitahu dia sudah bersedia berdepan dengan segala kritikan netizen selagi ia tidak mendatangkan kesan buruk kepada dirinya dan keluarga. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mek Yun pandang serius isu buli siber, harap kerajaan wujudkan undang-undang lebih tegas ARTIKEL BERKAITAN: Mek Yun panik, seram diekori lelaki warga asing... Berani ikut rapat masuk semua kedai, nampak kamera terus lari! Malah, dia tidak ambil peduli dengan kata-kata yang hanya memberikan impak negatif kepada kerjaya seninya. "Sekiranya teguran yang diberi kerana melakukan kesalahan, saya akan mengambil ia sebagai satu pelajaran untuk memperbaiki diri. "Tetapi kalau ia melibatkan kehidupan peribadi berkaitan keluarga, saya bukanlah jenis menghentam tetapi adakalanya kita perlu mempertahankan diri. "Cuma biasanya saya tidak ambil kisah sekiranya ada yang mahu beri tenaga negatif saya akan tolak ketepi selagi saya mempunyai sokongan daripada orang-orang yang menyayangi diri saya," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Mek Yun juga kini membintangi drama Perang Nasi Dagang yang diarahkan oleh Issey Fazlisham. Mek Yun tidak mahu mengambil peduli dengan kritikan negatif netizen. Membawakan watak Dee, Mek Yun menjelaskan karakter itu memberi cabaran kerana perlu melakonkan watak gadis 'bimbo'. "Awalnya saya memang bimbang dan tidak yakin, tetapi bila pengarah dan penerbit memuji lakonan saya, barulah saya rasa lega. "Secara keseluruhannya saya timba pengalaman yang sangat berharga dan berharap diberi kepercayaan lagi untuk berlakon selepas ini," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!