PENYANYI Mark Adam memberitahu ramai netizen tidak tahu bahawa dirinya merupakan seorang penyanyi dan bukannya seorang pelakon
Kata Mark atau Fikri Mark Adam Abdullah, 45, dia berasa sedikit tertekan dengan komen yang diberikan netizen itu yang turut mendesaknya untuk mengeluarkan karya terbaharu.
“Saya sedikit tertekan dengan komen netizen di media sosial kerana ada yang tak tahu saya ni merupakan seorang penyanyi dan hanya ingat seorang pelakon saja.
“Bila saya post video saya menyanyi di media sosial ramai yang tak sangka suara saya sedap dan boleh menyanyi, itu yang buat saya sedikit tertekan.
“Malah mereka juga mendesak saya untuk keluarkan karya lagu baru tapi semuanya memang ada dalam perancangan cuma tunggu minggu depan.
TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI