suria

Datuk Red gigih berniaga ‘live’, mahu cepat selesaikan hutang... Tepis godaan wanita DM ajak kahwin

MAHU menyelesaikan segala hutang yang ada, usahawan Datuk Red kini sedang berusaha sehabis baik melakukan pelbagai perniagaan secara dalam talian.

Kata Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, 46, tujuannya melakukan perniagaan itu bukanlah kerana mahu kehidupan mewah seperti dahulu, sebaliknya untuk menyelesaikan hutang tertunggaknya.

“Sekarang ini perniagaan saya Alhamdulillah (baik) sangat. Apa yang saya juga sekarang ini, semuanya laku. Saya sangat bersyukur kepada Allah.

“Tetapi bagi saya, sebagai seorang ahli perniagaan dan juga hutang yang bertimbun, ianya belum mencukupi. Kalau ikutkan memang saya sudah stabil sebab bayar (hutang) RM30,000 sebulan, tetapi sebenarnya tidak lagi.

“Niat saya bukan nak bermewah, saya cuma nak selesaikan hutang, hidup tenang. Saya rasa kalau konsisten insya-Allah selesai dalam lima tahun lagi,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Datuk Red turut mendedahkan dia menerima pelbagai godaan antaranya mesej-mesej yang mengajaknya untuk berkahwin.

“Yang mesej saya minta berkenalan itu sikit, ada yang nak ajak saya kahwin pun ada. Kita ini manusia, sampai bila boleh tepi semua itu? Saya tidak lagi mahu tersilap langkah,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi