suria

Pegang teguh pada soal rezeki, Sharul Kamal reda belum dikurniakan zuriat

SUDAH lebih dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Sharul Kamal yakin akan diberikan rezeki anak pada waktu yang tepat.

Shahrul atau Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman, 28, berkata, dia dan isteri iaitu Raihan Amilin juga tidak berasa tertekan apabila masih belum dikurniakan cahaya mata.

“Saya dengan isteri sentiasa berpegang kepada rezeki. Kalau ditanya mengenai keinginan untuk ada cahaya mata, semestinya (mahu). Kalau tanya mana-mana pasangan, mesti akan jawab nak ada anak.

“Saya sentiasa berpegang pada hakikat kehidupan. Mungkin Tuhan nak kami salurkan kasih sayang kepada mereka yang memerlukan seperti anak yatim ataupun anak saudara.

“Kita reda dan ikut sahaja aturan, bukan tidak cuba, kami cuba sahaja,” katanya kepada mStar.

Mengulas mengenai isu ‘child free’ yang hangat diperkatakan, Sharul berpendapat tindakan menghangatkan perkara itu tidak wajar kerana boleh mempengaruhi pasangan berkahwin yang lain.

“Terpulang pada diri masing-masing. Mereka ada hak untuk ada anak atau tidak.

“Tapi untuk galakkan atau racun fikiran orang lain, saya rasa itu satu benda yang tidak sihat,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi