suria

Mamat Sepah tiada niat ‘tunggang’ nama sesiapa, sayang Jep dan Shuib macam adik-beradik

PELAWAK Mamat Sepah memohon maaf kepada mana-mana pihak sekiranya ada tersinggung dengan perkongsian dalam sesi temubual Dol’s Podcast sebelum ini.

Mengulas mengenai perkara itu, Mamat atau Mohd Noor Murad, 39, berkata dia tiada niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak dan sekadar berkongsi cerita kenangan di awal kemunculan mereka.

“Biasalah manusia ni memang tak terlepas daripada buat kesilapan tapi bagi saya tiada yang silap dalam perkongsian tu, lagi pun cerita ni sudah 16 tahun lepas mungkin ada minit yang terlepas pandang, memang tak ada apa pun.

“Kami dah berkawan lama macam adik-beradik, tiada nak tunggang nama sesiapa pun, apa yang saya cerita adalah orang berkaitan sekeliling saya.

“Dalam cerita sebenar memang saya kena sebut sebab banyak juga nama saya sebut dan nama abang saya pun disebut juga, tapi kalau ada pihak kurang senang, saya minta maaf ya,” kata Mamat kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi