ISTIMEWA Vodcast Kenot Brain kali ini kita bersama pelakon dan penyanyi Yana Samsudin.
Menerusi sembang podcast ini, Yana atau Nurliana Samsudin, 40, berkongsikan kisah silamnya dan pengalaman membesar dalam keluarga kurang berkemampuan.
Menurut Yana, sejak kecil dia telah diajar untuk mendapatkan sesuatu dengan usahanya sendiri termasuklah berkaitan pendidikan dan pekerjaan.
Enggan perkara sama berlaku kepada tiga cahaya matanya, Yana berkata dia mula membuat simpanan awal kepada anak-anaknya.
Memilih untuk menabung menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN), Yana tidak lagi perlu risau berhubung perbelanjaan anak-anak untuk melanjutkan pelajaran kelak.
Kata Yana, banyak manfaat dan keistimewaan diperolehi dengan menabung di Simpan SSPN antaranya pelepasan taksiran cukai pendapatan, manfaat pelindungan takaful, kadar dividen yang kompetitif, simpanan dijamin kerajaan dan patuh syariah.
Pelbagai lagi topik yang menarik dibincangkan bersama Yana di dalam sesi podcast mStar tersebut.
#SimpanSSPN #myPTPTN #PeluangKejayaanAnda
TONTON VIDEO PENUH PODCAST DISEDIAKAN MSTAR INI