suria

Kamal Adli sanggup ulang alik KL-Sabah, tiga bulan berehat fokus jaga isteri pantang

PELAKON Kamal Adli sanggup untuk berulang alik daripada Sabah ke Kuala Lumpur semata-mata mahu menghantar isterinya iaitu Uqasha Senrose membuat pemeriksaan kehamilan di hospital.

Cerita Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, ketika itu dia terpaksa berjauhan dengan isteri lebih daripada sebulan disebabkan sibuk menjalani penggambaran filem Takluk: Lahad Datu.

"Saya punya komitmen sebagai seorang bakal bapa (ketika itu) semasa di Sabah ialah... jika Uqasha ada pemeriksaan kesihatan saya akan balik hari (daripada Sabah ke Kuala Lumpur).

“Contohnya saya akan gerak pukul 8 pagi dari sana, kemudian buat pemeriksaan kesihatan (untuk Uqasha) kemudian saya pergi semula ke Sabah pada pukul 3 petang,” katanya kepada mStar.

Kamal berkongsi pengalamannya itu ketika ditemui di sidang media filem Takluk: Lahad Datu yang diadakan di GSC Midvalley, Kuala Lumpur pada Khamis.

Disebabkan itu, Kamal berkata dia mengambil keputusan untuk berehat daripada sebarang sesi penggambaran selama tiga bulan selelapas Uqasha melahirkan anak sulungnya iaitu Hawra Uqaira.

“Saya berehat selama tiga bulan sebab nak fokus kepada Uqasha dan Hawra. Bulan pertama memang sangat sukar bagi saya sebab Hawra tidur lambat. Dia akan buatkan saya tidur pukul 7 pagi.

“Sekarang ini sudah masuk tiga bulan. Saya rasa sangat seronok sebab anak sudah mula kenal muka saya,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi