suria

Eman Manan masih gagah bertenaga, tak bergantung makanan tambahan... Mahu terus berlakon hingga akhir hayat

KEKAL bertenaga pada umur 66 tahun, pelakon Eman Manan memberitahu dia masih sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit kronik.

Syukur dikurniakan kesihatan naik, Eman atau nama sebenarnya Abdul Manan Embong berkata dia juga tidak bergantung dengan sebarang suplemen untuk kekal sihat.

“Soal kesihatan ini semuanya berkaitan dengan takdir. Allah takdirkan saya ini sihat. Dari segi kehidupan pula, saya disiplin (menjaga kesihatan).

“Saya lihat bidang ini (lakonan) perlukan orang yang sihat dari segi fizikal. Alhamdulillah setakat ini tidak ada ubat yang saya makan hari-hari,” katanya kepada mStar.

Eman berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media filem Takluk: Lahad Datu yang diadakan di GSC Midvalley, Kuala Lumpur pada Khamis.

Ditanya mengenai karier lakonan, Eman berkata dia mahu terus aktif dalam industri seni sehingga akhir hayatnya.

“Kenapa perlu hadkan bidang ini? Adakah kerja ini terlarang dan melanggar tatasulila? Apabila karya ini tidak langgar pantang larang dan adat, jadi mengapa tidak? (untuk teruskan berlakon)

“Kalau ikutkan kehendak, saya mahu teruskan sehingga ke akhir hayat. Tetapi kita tidak boleh lari daripada takdir,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi