suria

Dah lama Bella Astillah pendam perasaan, lega dapat lepaskan semuanya.. Dakwa Aliff Aziz tak pernah tanya fasal anak

PELAKON Bella Astillah mengakui dia berasa lega selepas membuat satu hantaran di Instagram berkenaan keluarga bekas suaminya iaitu Aliff Aziz yang tidak berhenti menyerangnya.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 30, berkata dia tidak mempunyai sebearang niat untuk memisahkan kedua-dua anaknya dengan Aliff, namun ia dilakukan atas sebab tertentu.

“Saya sebenarnya tidak suka nak kongsi apa-apa. Saya nak nak positif sahaja. Tetapi apabila perkara ini tidak berhenti, saya kena hentikan.

“Selepas ini kalau pihak sana (keluarga Aliff) nak balas balik, saya tidak akan cakap apa-apa. Saya rasa lega sebab sudah lepaskan semua dan hanya mahu pandang kehadapan sahaja.

“Saya tidak ada niat nak pisahkan anak dengan Aliff. Aliff pun tidak ada menghubungi saya untuk berjumpa dengan anak-anak,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Bella turut mengulas satu video tular yang memperlihatkan Bella seperti mempunyai lukis tatu dibelakang badannya.

Jelas Bella, dia akan lebih berhati-hati selepas ini dan tidak mahu isu negatif berkenaannya terus menjadi buah mulut masyarakat.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi