suria

Azlee Senario perlu kerja keras, kos ubat hampir RM3,000 sebulan... Doa sihat terus hiburkan peminat

SELEPAS mengalami serangan jantung pada Jun lalu, pelawak Azlee Senario berkata dia kini perlu bergantung ubat-ubatan bagi memastikan kesihatannya terus berada dalam keadaan baik.

Perlu membiayai kos ubatan mencecah RM2,500 sebulan, Azlee atau Muhammad Azlee Jaafar, 57, memberitahu dia perlu bekerja keras bagi membiayai kos perubatan itu.

“Sekarang saya masih lagi dalam pemulihan dan 20 Ogos ini ada temu janji dengan pihak doktor untuk jantung saya jadi kena makan ubat setiap hari dan setiap bulan pasti kena beli ubat.

“Tiap-tiap bulan nak beli ubat tu menelan belanja dekat RM 2,500 dan kena makan ubat tu selama setahun maka kena berusaha sikit untuk cari duit biaya tu.

“Doakan saya ya semoga Allah permudahkan urusan dan berikan kesihatan baik untuk terus hiburkan anda semua,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Azlee bersama kumpulan Senariounion bakal membuat persembahan Konsert Showcase Senario semperna bulan kemerdekaan ini bertempat di Panggung Bangsawan Melaka pada 30 Ogos depan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi