suria

Tak layak campur tangan tapi Pak Ya harap Sepah dapat jernihkan hubungan... “Mereka terlalu akrab”

MENYEDARI konflik membabitkan Sepah masih lagi hangat diperkatakan, pelawak Ilya Senario berharap isu berkenaan dapat diselesaikan secara baik oleh semua pihak.

Ilya atau lebih mesra disapa Pak Ya bagaimanapun berkata dia bukanlah individu yang tepat untuk mengulas mengenai isu berkenaan kerana ia melibatkan hal peribadi.

“Susah saya nak cakap sebab semuanya kawan saya, mereka ini terlalu akrab jadi bila kongsikan sesuatu cerita itu, kita pun tak tahu respon sama ada mereka marah betul atau sebaliknya.

“Macam saya tengok dekat podcast tu mereka sebut nama yang dikenali, kalau sebut nama tak kenal mungkin tiada siapa yang peduli.

“Mungkin ada sebab tertentu kenapa dia jadi marah, bagi kita mungkin kecil tapi tidak bagi dia... cuma saya rasa perkara ini kecil saja dan boleh saling memaafkan dan hidup pun jadi lebih tenang,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Pak Ya bersama kumpulan Senariounion bakal membuat persembahan Showcase Senario sempena bulan kemerdekaan ini bertempat di Panggung Bangsawan Melaka pada 30 Ogos nanti.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi